Asas ekonomi Sarawak yang kukuh diwarisi daripada era pentadbiran Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud beri keupayaan kepada negeri itu untuk mengimbangi keadaan semasa ekonomi dunia.<br /><br />Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata visi Tun Taib melalui program pembangunan perindustrian di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) berjaya membawa sarawak ke era yang moden.
